
|
 
Versi
Bahasa Inggeris
Sejarah Ringkas
Jabatan Laut pada mulanya adalah salah satu bahagian dari Jabatan Kastam
Di Raja yang mana di tahun 1948 di kenali sebagai Jabatan Kastam dan
Laut di ketuai oleh MR.DH.TRUMBLE . Perkhidmatan utama ketika itu adalah
mengadakan Pengangkutan penumpang dan mel 3 kali seminggu ke Labuan .
Selain dari 8 buah motor sangkut, Jabatan Kastam dan Laut memiliki 6
buah kapal seperti kapal seperti berikut :-
1 buah ( 75') ex-Admiralty MFV, MV Tangier.
1 buah ( 65') fast twin screw inspection launch
1 buah ( 45') twin screw mail and passenger launch.
1 buah ( 35') single screw river launch
1 buah ( 65') single screw barge
1 buah ( 35') single screw workboats.
Pada tahun 1957 Jabatan Laut telah diamanahkan untuk mengunkayahkan
pentadbiran nya sendiri, beribu pejabat di Dermaga Kastam Bandar Seri
Begawan.
Pada 5 Ogos 1964 AWANG JACK TURNER, telah dilantik sebagai pegawai Laut
Negara. Beliau adalah yang paling lama memegang jawatan tersebut dan
telah di anugerahkan gelaran Yang Di Muliakan Pehin Datu Tambang Layaran
Laila Di Raja.
Yang Di Muliakan Pehin menamatkan perkhidmatan pada 22hb Februaru 1981
digantikan dengan AWANG I.G. FARAKER . Semasa Awang I.G Faraker di
lantik sebagai Pengarah Laut diantara tahun 1981 hinggalah tahun 1984
Jabatan Laut telah membeli 2 buah kapal Jurupandu ( SERI BANDAR DAN SERI
KUALA ) dan sebuah kapal tunda bertenaga 1,600 bhp ( MT. SUMPIT-SUMPIT )
bagi memberi perkhidmatan selaras dengan peningkatan kemasukan
kapal-kapal dagang ke Pelabuhan Air Dalam Muara.
Pada 25hb Ogos 1984 , anak tempatan pertama Yang Mulia DATO PADUKA HAJI
AHMAD BIN HAJI IBRAHIM telah dilantik sebagai Pengarah Laut. Di bawah
Pentadbiran beliau banyak perkembangan telah dilaksanakan terutamanya
kemasukan Negara Brunei Darussalam sebagai ahli Pertubuhan Maritim
Antarabangsa ( IMO ) dengan menandatangani 8 Konvensyen dan Protokolnya.
Di samping itu juga beliau telah menguatkuasakan 14 peraturan Akta
Pelabuhan dan Akta perkapalan Pedagang. Hingga kini sejumlah 169 buah
kapal telah mendaftarkan dengan muatan kasar 412,000 grt. Pada 11hb
April 1991 beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bureau Pencegah Rasuah
dan digantikan oleh DATO PADUKA HAJI ISMAIL yang mana beliau menjadi
Pengarah Laut sehingga 15hb September 1993. AWANG HAJI OTHMAN BIN HAJI
MOMIN yang memulakan perkhidmatan di Jabatan Laut pada 15hb September
1993.
Pada 30hb Nobember 1993 Jabatan Laut telah berpindah ke Bangunan barunya
bertempat di kawasan Perindustrian Ringan Serasa, menyatukan bahagian
dulunya terpisah dari Ibu Pejabat Laut bagi memudahkan Pentadbiran dan
Operasi Jabatan . Pada 11hb Januari 1999 AWANG HAJI HAMIDON BIN HAJI MD
TAHIR telah dilantik sebagai Pengarah Laut baru.
Bagi menempuh pembangunan Negara yang pesat dan era SHuTT 2003, pihak
Jabatan akan melaksanakan projek-projek kemajuan infrastruktur dan juga
perkhidmatan.
Rancangan-rancangan kemajuan tersebut akan membawa Jabatan menempuh era
SHuTT 2003 yang mana dihasratkan menjadikan Negara Brunei Darussalam
sebagai 'HUB' Pedagangan dan Pelancungan Serantau.
|